Monday, August 10, 2009

nurin eryna aimi

Setiap kali berkunjung ke ruangan ini, lidah dan fikiran seakan kelu untuk berkongsi sesuatu. Seakan tidak tahu bagaimana harus diceritakan. Anak mama yang ketiga nurin eryna aimi dilahirkan awal daripada yang dijangkakan. Pada tanggal 10/6/2009, tiga bulan daripada tarikh yang sebenar, nurin eryna aimi melihat dunia dengan serba kekurangan. Dia dilahirkan secara pembedahan. Selepas itu nurin eryna aimi ditahan bersama bayi-bayi lain kerana beratnya hanya 0.650 kg. Alhamdulillah berat nurin eryna aimi semakin bertambah walaupun kadang-kadang dia dipuasakan kerana gangguan usus. Kelahiran nurin eryna aimi secara tiba-tiba begitu banyak mengingatkan saya kepada Allah SWT. Banyak hikmah yang saya rasai sejak kelahiran ini. Tetapi yang pasti kesabaran kita akan bertambah kerana terpaksa terpaksa berulang alik ke hospital ... dan yang paling nyata terpaksa serahkan anak nombor 2 untuk jagaan mak ngan abah....