Wednesday, October 14, 2009

dah besar...

ni la tuan punya badan... masa ni dia baru 4 hari keluar....kecik kan... tapi semangat dia kuat untuk teruskan ... kuasa tuhan ....
ni masa nak balik kl dari kampung... cukup suka kalu dipeluk begini... agaknya dia rasa selamat kot...
orang yang paling hepi ngan kehadiran baby... pantang sikit nak diriba adiknya...
di hari raya...

ni latest pics...

Monday, October 12, 2009

hepi...





Tuesday, October 6, 2009

my new princess

my new baby ... aimi dah bole keluar dari hospital but panjang lagi story dia... so far mata dia ok... alhamdullillah... telinga pun ok but kanan ada problem sikit kena jumpa pakar telinga lak dalam bulan satu... 2010 so far ok... tune tidur malam mama ngan ayah pun dah lari sian kakak ngan abang kena marah sebab selalu memekak... start smalam kena dok nursery sian dia... mama kena positif la dalam hal n... apapun mama harap aimi sihat...

Wednesday, August 19, 2009

renungan bersama...

# Mulakan hidup anak dengan panggilan nama yang baik. Panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak malu dan berasa rendah diri.

# Berikan anak pelukan setiap hari kerana kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan kebijaksanaan minda atau otak yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

# Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang (pandangan ini akan membuatkan anak lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

# Berikan peneguhan setiap kali anak berbuat kebaikan (berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

# Jangan harapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan itu membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.

# Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (ini kerana anak-anak akan terus membesar sedangkan masa terus berlalu dan tidak akan kembali).

# Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, ibu bapa jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

# Dengarlah cerita anak kerana cerita itu tidak akan dapat didengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (ini akan mengajar anak mengenai giliran untuk bercakap).

# Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.Tunjukkan kepada anak cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

# Buat sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak belajar menghargai. (Anak-anak yang lahir daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

# Kemungkinan anak menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan anda mengajar mereka lebih daripada sekali.

# Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan berasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

# Dengar mimpi ngeri anak-anak. Mimpi ngeri mereka begitu realistik dalam dunia mereka.

# Hargai permainan kesayangan anak. Pada masa sama, mereka akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Minta kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

# Jangan membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

# Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

# Terimalah hakikat yang kadangkala anda bukan ibu bapa sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.

Monday, August 17, 2009

sabar...


cute kan .... tapi eryna aimi lagi cute.... hari ni dah 68 hari baby kat nicu hkl... so far berat dia dh 1.220 kg... dah kurang sikit wayar2 kat badan eryna aimi... tapi mama tetap bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk melihat eryna aimi...

masa 1st time tengok dia air mata mama laju keluar ... sampai mama tak sanggup nak tengok dia... mama pegang dia ... mama kira jari kaki ngan tangan dia .. cukup sepuluh... syukur pada DIA... cukup sifat anak mama... tapi bila mama fikirkan mama betul2 rasa bersalah pada eryna aimi...itu perasaan yang mama tak leh buang... mama kena kuatkan semangat demi dia... mama bertahan kat spital pun demi dia...

Thursday, August 13, 2009

diari di hospital....

Dah lama nak upload tapi mama tak berapa nak sampai hati.... tapi mama gagah kan juga sebagai tanda kasih sayang mama wat baby ... sebagai tanda kenangan ...supaya mama tidak lupa saat ini.. sepanjang mama di wad sempatlah mama wat diari sebagai penghilang kebosanan .... tapi masa rajin la kalu tak ... hampeh.... apa pun mama bangga punya anak seperti eryna ... kekuatan .. semangat dia... berjuang untuk hidup mmg kuat... serta keajaiban yang maha esa... tanpa kuasa dia mana mampu eryna harungi semua ini... mmg mama tau ada yang kata mama ni tak serik2 nak ngandung lagi... dah tau mama mmg payah dengan darah tinggi yang tak kontrol... ngan kisah masa bersalinkan kakak mimi dulu ... masih nak ngandung lagi... apa harus mama katakan semua itu dah janji DIA mama harus lalui dgn hati yg reda... sapa mau duduk hosp. lelama... sapa nak tiap2 hari kena ambik darah... sakit tuhan aja yg tau... dengan tak boleh pegi tandas ... nak mandi nak buang air semua atas katil... semua itu mama kena lalui tapi mama percaya dan yakin DIA masih bersama mama... setiap apa yang berlaku ada manisnya... setiap saat mama berdoa agar eryna terus bernafas walaupun kekadang harapan untuk hidup tipis... tapi reda andai DIA ambik balik apa yang pinjamkan kepada mama ... mungkin sampai itu sahaja janji mama tapi ... mama berharap agar jodoh mama dengan anak2 mama panjang...

Monday, August 10, 2009

nurin eryna aimi

Setiap kali berkunjung ke ruangan ini, lidah dan fikiran seakan kelu untuk berkongsi sesuatu. Seakan tidak tahu bagaimana harus diceritakan. Anak mama yang ketiga nurin eryna aimi dilahirkan awal daripada yang dijangkakan. Pada tanggal 10/6/2009, tiga bulan daripada tarikh yang sebenar, nurin eryna aimi melihat dunia dengan serba kekurangan. Dia dilahirkan secara pembedahan. Selepas itu nurin eryna aimi ditahan bersama bayi-bayi lain kerana beratnya hanya 0.650 kg. Alhamdulillah berat nurin eryna aimi semakin bertambah walaupun kadang-kadang dia dipuasakan kerana gangguan usus. Kelahiran nurin eryna aimi secara tiba-tiba begitu banyak mengingatkan saya kepada Allah SWT. Banyak hikmah yang saya rasai sejak kelahiran ini. Tetapi yang pasti kesabaran kita akan bertambah kerana terpaksa terpaksa berulang alik ke hospital ... dan yang paling nyata terpaksa serahkan anak nombor 2 untuk jagaan mak ngan abah....

Tuesday, August 4, 2009

BACK 2 SCHOOL...

ari ni mimi pergi sekolah balik after 2 months cuti... sian dia siap wan kata mimi dah bosan dok kat umah ... habis gaya dia buat... sorry kakak mama kena minta olong wan nagn aki jaga kakak ... bukan apa mama kena ulang alik pegi spital tgk baby eryna aimi so ... tak pe kakak nanti baby sihat boleh balik umah kita balik kampung lagi... wat wan ngan aki terima kasih

Thursday, May 7, 2009

dah 5 bulan...

akhirnya lepas saat genting 3 bulan pertama... syukur sbb kurang sikit alahan berbanding masa gugur ari tuh but apapun panjang lagi masa....sebenarnya aku cukup takut ... sbb apa sbb darah tinggi la... cam ne lagi aku nak wat .... menakutkan.... tolong doakan semoga aku selamat....apapun aku kena positif... ajal maut semua di tanganNYA ... seandainya aku dibagi peluang... untuk membesarkan anak2 aku akan cuba yang terbaik....


PENYAKIT darah tinggi berpotensi terjadi kepada setiap wanita hamil dengan peratusan antara 10 hingga 15 peratus, di mana ia boleh dikategorikan sebagai agak tinggi.

Keadaan ini berlaku pada wanita tidak kira sama ada di negara sedang membangun mahupun negara yang maju daripada aspek perubatannya.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. S. Silvam berkata, tekanan darah tinggi di kalangan wanita hamil biasanya berlaku ketika kandungan berusia 20 minggu ke atas.

Tetapi, sekiranya ia berlaku lebih awal dari tempoh itu, pemeriksaan terhadap pesakit perlu dilakukan untuk melihat sama ada terdapat penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi.

Menurutnya, darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri.

?Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan berlangsung. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna? jelasnya ketika ditemui di kliniknya, di Kelana Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menurut beliau, tekanan darah yang normal untuk orang yang tidak mengandung ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang normal ialah 110 ke 70.

Kalau lebih daripada 110 ia dikategorikan sebagai tekanan darah tinggi, bagaimanapun peratusan kenaikan daripada tahap normal hingga ke tahap tekanan itu akan dianalisis oleh doktor.

Sebab itu penting bagi seorang wanita hamil untuk mendapatkan rawatan kerap daripada doktor mereka,? jelas Dr. Silvam yang juga berkepakaran dalam bidang ginekologi onkologi.

Antara komplikasi yang terpaksa dihadapi oleh wanita hamil ialah mengeluarkan bayi mereka sebelum waktu matang.

?Seperti yang diketahui jarang jangka hayat bayi dapat diteruskan sekiranya kandungan baru berusia 20 minggu.

?Dalam kes wanita hamil yang menghidap darah tinggi, kita perlu sentiasa berkompromi antara kesihatan ibu dan nyawa bayi.

?Setiap bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah. Katakan bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, ia masih ada masalah sebab dia perlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukkan ke wad neo natal, penjagaan rapi dengan kos yang amat tinggi.

?Risiko lain, bayi juga boleh meninggal dunia kalau dikeluarkan terlalu awal,? jelas beliau lagi.

Sekiranya tekanan darah tinggi boleh dikawal, maka doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya meneruskan kandungan dengan pengawasan rapi.

Menurut Dr. Silvam, kawalan dibuat sendiri (tanpa ubat) atau doktor akan mulakan ubat, iaitu pengambilan ubat darah tinggi.

Ibu hamil yang menghidap darah tinggi tidak perlu memilih makanan mereka kerana darah tinggi ini lain daripada darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung.

Pendek kata ia tidak ada kena mengena dengan darah tinggi yang disebabkan oleh makanan seperti pengambilan garam berlebihan.

?Wanita hamil mengalami darah tinggi adalah disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu sendiri. Jadi sebaik sahaja bayi dilahirkan darah tinggi pada ibu mengandung itu akan turun,? ujar beliau.

Peratusan untuk penyakit darah tinggi pada wanita hamil akan hilang selepas bersalin ialah sebanyak hampir 100 peratus, kecuali ada faktor-faktor lain seperti usia si ibu yang sudah mencecah 40 tahun.

Terdapat kes di mana selepas bersalin tekanan darah tinggi tersebut tidak hilang, sebab mungkin secara semula jadinya darah tinggi itu sudah memang ada dalam dirinya kerana faktor umur atau juga faktor-faktor lain dan bukan sebab mengandung.

?Ini semua mesti diperiksa secara mendalam, doktor tidak boleh buat sebarang kesimpulan. Sebagai contoh, seorang wanita muda berusia 20 tahun yang mengandung dan dikesan mempunyai darah tinggi. Kita, menjangkakan darah tinggi akan turun selepas bersalin jika dia tidak ada sebarang masalah lain seperti buah pinggang atau sebagainya,? hurai beliau.

Ketika ditanya tentang kaedah bersalin paling selamat untuk wanita yang menghidap darah tinggi, Dr. Silvam menjelaskan ia bergantung kepada faktor kematangan bayi dalam kandungan (selama mana kandungan tersebut).

?Seboleh-bolehnya kita akan bagi ibu bersalin bila cukup tempoh, sebab kurang risiko untuk bayi. Bukan saja takut bayi meninggal awal, tapi juga masalah komplikasi lain.

?Namun, jika tahap darah tinggi ibu itu terlalu tinggi, mungkin doktor akan menyarankan bersalin awal dengan cara pembedahan Ceasarean kerana apabila darah terlalu tinggi, bahayanya adalah pada ibu.

?Ibu boleh mendapat sawan, kadang-kadang boleh terjadi pendarahan di otak dan seterusnya terjadi strok,? jelas beliau.

Dr. Silvam berkata, walaupun strok selalu dialami oleh orang tua, kesan akhir bagi penghidap darah tinggi yang serius adalah sama, tidak kira bagi penghidap darah tinggi biasa mahupun ibu hamil yang menghidap darah tinggi.

?Walaupun punca darah tinggi semasa mengandung berlainan daripada kes darah tinggi biasa, namun perlu diingatkan kesan akhirnya tetap sama. Apabila salur darah pecah, serangan strok terjadi dan komplikasinya sama saja, jadi sebab itu kita kena mengawal darah tinggi ini untuk ibu melalui pengambilan ubat,? kata Dr. Silvam.

Semasa tekanan darah terlalu tinggi, doktor akan melihat dua keadaan. Pertama, sama ada tekanan darah tinggi disertai dengan kencing kotor (protein dalam air kencing tinggi), di mana wanita tersebut mungkin akan mengalami ?eminent eclampsia? (hampir-hampir mengalami sawan).

Dalam keadaan ini, doktor akan menyarankan wanita tersebut dimasukkan ke wad untuk pemerhatian.

Jika keadaan membahayakan nyawa ibu, maka dia akan dipaksa bersalin dan jika tempoh kandungan baru 20 minggu kemungkinan besar bayi tidak akan selamat. Bagaimanapun, jika kandungan sudah berusia 28 minggu atau lebih bayi boleh dirawat secara intensif.

Kedua, jika ibu mengalami darah tinggi, tapi tiada kencing kotor, doktor akan memberi pemerhatian rapi dengan pemeriksaan doktor setiap minggu. Apabila doktor membuat analisis, darah tingginya boleh dikawal dan kencingnya tidak kotor, maka kandungannya boleh diteruskan hingga cukup matang iaitu minggu 32 hingga 34.

?Dalam keadaan ibu hamil dengan tekanan darah tinggi ini mesti selalu kompromi, iaitu antara kesihatan ibu dan kematangan bayi.

?Paling diutamakan ialah nyawa ibu, sebab selain strok terdapat juga kes di mana ibu boleh meninggal dunia kerana uri pecah (placenta rupture), berdarah akibat tekanan yang terlalu tinggi,? ujar beliau.

Susah untuk mengelakkan seorang ibu hamil daripada terkena darah tinggi, ia sebenarnya bergantung kepada faktor-x yang ada pada ibu dan ayah,

masalah darah tinggi ini berlaku bukan saja di negara-negara membangun, ia juga masalah penting yang berlaku di negara yang sudah membangun, sebab tiada siapa yang tahu puncanya.

Bagaimanapun, ibu yang mempunyai darah tinggi adalah dinasihatkan supaya bersalin di hospital dan pastikan ada doktor pakar yang akan membuat rawatan susulan dan rawatan sokongan.

Friday, April 10, 2009

cabut gigi....

pagi tadi hadri kena cabut gigi atas so far ni gigi yg ke4 dia cabut... kat klinik kerajaan jek... free ... at 1st sampai dia terus diam ... agak nak tenangkan hati dia kot... siap tido lagi... bila masuk dalam jumpa doktor muka dia dah pucat bila kena bius... terus nangis... takut nak buka mulut... tapi bila dah cabut gigi senyap.... alahai anak mama ni mmg... so far sejak dia kena operate tonsil dulu dia mmg jarang sakit ... selsema sikit2 tu biasala... but dia mmg kuat... nangis.... hahhahah kuat merajuk... aku pun tak tau... ikut perangai sapa aku ke or ayah dia... hehhehhehe.... but dia ibarat jantung aku... sama la ngan adik dia... sbb nak melahirkan depa aku cukup susah... tapi thanks god... syukur alhamdullilah... sampai sekarang ALLAH masih bagi peluang pada aku untuk didik mereka belai mereka... marah.. syg... semua la bercampur gaul... mama sayang abg n adik...

Wednesday, April 8, 2009

layan jer la

Monday, April 6, 2009

no idea...

dah lama tak update... bukan apa tak kesempatan betul asyik mc jek... maklumla aku ni kalu pegnene jek mmg feveret mc... but hopefully this time semuanya selamat.... so far mimi ngan hadri positif dalam nak menerima kehadiran adik baru....memasing hepi....kalu tak ada aral 09.09.2009 akan lahir seorg lagi insan dalam keluarga kami.... boy or girl tak kisahlah... asal dia sihat ...dan aku pun sihat...

Sunday, February 22, 2009

hadri ambik hadiah

sabtu lepas hadri ambik hadiah... mama pun pegi ayah tak dapat ikut sebab ayah keje... nasib ada ayong terima kasih sebab sudi jadi peneman ari tuh...lama gak tunggu sbb ada mesyuarat pibg .... kat kul 12.00 tgh hari baru mula... mama terkejut sbb hadri dpt no 3... no 1 & 2 budak pompuan ... sian gak dia sbb dia sorg je terlepas kat sekolah lain yg lain kat gurney 1 dia gurney dia but oklah... janji dia hepi...

ni guru besar mama takleh nak kedepan sbb ramai ngat umat... so ni je yg dapat...
psst... sebelah dia tu budak pompuan tu hadri selalu ckp dia lawa... dulu comel tapi sekarang dah lawa sebab dah bsar....
yg depan tu la nabila dia dapat no 1 dan yg comel tuh dapat no 2 sereena...
kat sekolah tadika hadri.... yang kecik uh nak gak menyempit...
tgh bersiap2 nak ambik hadiah...



ni la hadiah hadri .... ok lah...

Friday, February 13, 2009

KASUT BAWAH PETI AIS.....

semalam kawan mama untie anis telefon sembang2 lps tu terkuar cerita sal kasut budak sekolah dan apa yang mama tak leh lupa bila dia cerita yg dia letak kasut sekolah anak2 dia kat bwh peti ais..... really mama lupa pasal cara cam ni... dulu zaman mama kecik dulu n la cara aki ngan wan suruh wat... tapi itu dulu... rupanya untie anis wat lagi... untie anis ni mmg tau... byk betul idea hebat dia tu... thanks anis... tapi bila mama sembang ngan kwn mama yang senget n mmg tak hinggat...

untuk untie enah n untie yus sbb dpt baby baru... baby boy... selamat berpantang la yek... lama tu wei 2 bulan... mama dulu berpantang kat umah wan.. seksanya... but mama tau itu utk kebaikkan mama juga...

Thursday, February 12, 2009

lawatan sambil belajar...

tetiba kuar gambar kucing...yang depan tu mak dia... yang ni la mimi ambik kat umah atok kawan aki since baby lagi now dah ada 4 anak... hadri ngan mimi suka sgt ngan kucing if tipon kampung tanya kucing depa wat apa... makan apa.... tido kat mana... and kucing2 ni ... bila tau kami kat kg dah seme lari takut... actually aku pun suka...

n gambar terbaru mimi ngan hadri... masa n pegi muzium... hadri la sibuk tanya apa tu muzium... cam ne aku nak jawap... so kami ambik keputusan pegi sana murah je masuk ... parking rm2 ... masuk muzium rm2 dewasa okla... tapi aku rasa mcm byk mende dah takde... tak tau la kot depa dah angkut pegi tempat baru


lupa nak snap gambar so inila je yang ado... wat tatapan umum... so aku nak sambung keje... boss yang tak berapa nak boss minta pelan so aku cow dulu...

lamanya...

alahai lama betul tak nengok umah n... sorry la kekawan aku sibuk sikit... so today ada la free sikit... if ilham datang panjang la coretan kalu tak ... dalam 2 3 line je....






masa ni pameran ATM ... pegi la tgk depa n lebih teruja dgn kereta kebal jek... lain tak minat pun tak leh aku nak imagine kalu dok dalam tu dgn aircond takde... tingkap kecik... panas... apapun respekla kat sojar2 ni sanggup hadapi seme tu... iyela bukan calang2 org bole tahan seme mende tu... aku mmg takleh cair dibuatnya... tapi camne nak hadapi padang masyar .... takut pulak aku... apapun layan...