Wednesday, August 19, 2009

renungan bersama...

# Mulakan hidup anak dengan panggilan nama yang baik. Panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak malu dan berasa rendah diri.

# Berikan anak pelukan setiap hari kerana kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan kebijaksanaan minda atau otak yang lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk.

# Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang (pandangan ini akan membuatkan anak lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

# Berikan peneguhan setiap kali anak berbuat kebaikan (berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

# Jangan harapkan anak yang belum matang melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan itu membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuk melakukan kesilapan.

# Apabila berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (ini kerana anak-anak akan terus membesar sedangkan masa terus berlalu dan tidak akan kembali).

# Dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, ibu bapa jangan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

# Dengarlah cerita anak kerana cerita itu tidak akan dapat didengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (ini akan mengajar anak mengenai giliran untuk bercakap).

# Tenangkan anak setiap kali mereka memerlukannya.Tunjukkan kepada anak cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

# Buat sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut hari lahirnya. Sediakan hadiah yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak belajar menghargai. (Anak-anak yang lahir daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

# Kemungkinan anak menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan anda mengajar mereka lebih daripada sekali.

# Luangkan masa bersama anak di luar rumah, pegang tangan anak-anak apabila berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan berasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

# Dengar mimpi ngeri anak-anak. Mimpi ngeri mereka begitu realistik dalam dunia mereka.

# Hargai permainan kesayangan anak. Pada masa sama, mereka akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Minta kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

# Jangan membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

# Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

# Terimalah hakikat yang kadangkala anda bukan ibu bapa sempurna. Ini akan mengurangkan tekanan menjadi ibu bapa.

Monday, August 17, 2009

sabar...


cute kan .... tapi eryna aimi lagi cute.... hari ni dah 68 hari baby kat nicu hkl... so far berat dia dh 1.220 kg... dah kurang sikit wayar2 kat badan eryna aimi... tapi mama tetap bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk melihat eryna aimi...

masa 1st time tengok dia air mata mama laju keluar ... sampai mama tak sanggup nak tengok dia... mama pegang dia ... mama kira jari kaki ngan tangan dia .. cukup sepuluh... syukur pada DIA... cukup sifat anak mama... tapi bila mama fikirkan mama betul2 rasa bersalah pada eryna aimi...itu perasaan yang mama tak leh buang... mama kena kuatkan semangat demi dia... mama bertahan kat spital pun demi dia...

Thursday, August 13, 2009

diari di hospital....

Dah lama nak upload tapi mama tak berapa nak sampai hati.... tapi mama gagah kan juga sebagai tanda kasih sayang mama wat baby ... sebagai tanda kenangan ...supaya mama tidak lupa saat ini.. sepanjang mama di wad sempatlah mama wat diari sebagai penghilang kebosanan .... tapi masa rajin la kalu tak ... hampeh.... apa pun mama bangga punya anak seperti eryna ... kekuatan .. semangat dia... berjuang untuk hidup mmg kuat... serta keajaiban yang maha esa... tanpa kuasa dia mana mampu eryna harungi semua ini... mmg mama tau ada yang kata mama ni tak serik2 nak ngandung lagi... dah tau mama mmg payah dengan darah tinggi yang tak kontrol... ngan kisah masa bersalinkan kakak mimi dulu ... masih nak ngandung lagi... apa harus mama katakan semua itu dah janji DIA mama harus lalui dgn hati yg reda... sapa mau duduk hosp. lelama... sapa nak tiap2 hari kena ambik darah... sakit tuhan aja yg tau... dengan tak boleh pegi tandas ... nak mandi nak buang air semua atas katil... semua itu mama kena lalui tapi mama percaya dan yakin DIA masih bersama mama... setiap apa yang berlaku ada manisnya... setiap saat mama berdoa agar eryna terus bernafas walaupun kekadang harapan untuk hidup tipis... tapi reda andai DIA ambik balik apa yang pinjamkan kepada mama ... mungkin sampai itu sahaja janji mama tapi ... mama berharap agar jodoh mama dengan anak2 mama panjang...

Monday, August 10, 2009

nurin eryna aimi

Setiap kali berkunjung ke ruangan ini, lidah dan fikiran seakan kelu untuk berkongsi sesuatu. Seakan tidak tahu bagaimana harus diceritakan. Anak mama yang ketiga nurin eryna aimi dilahirkan awal daripada yang dijangkakan. Pada tanggal 10/6/2009, tiga bulan daripada tarikh yang sebenar, nurin eryna aimi melihat dunia dengan serba kekurangan. Dia dilahirkan secara pembedahan. Selepas itu nurin eryna aimi ditahan bersama bayi-bayi lain kerana beratnya hanya 0.650 kg. Alhamdulillah berat nurin eryna aimi semakin bertambah walaupun kadang-kadang dia dipuasakan kerana gangguan usus. Kelahiran nurin eryna aimi secara tiba-tiba begitu banyak mengingatkan saya kepada Allah SWT. Banyak hikmah yang saya rasai sejak kelahiran ini. Tetapi yang pasti kesabaran kita akan bertambah kerana terpaksa terpaksa berulang alik ke hospital ... dan yang paling nyata terpaksa serahkan anak nombor 2 untuk jagaan mak ngan abah....

Tuesday, August 4, 2009

BACK 2 SCHOOL...

ari ni mimi pergi sekolah balik after 2 months cuti... sian dia siap wan kata mimi dah bosan dok kat umah ... habis gaya dia buat... sorry kakak mama kena minta olong wan nagn aki jaga kakak ... bukan apa mama kena ulang alik pegi spital tgk baby eryna aimi so ... tak pe kakak nanti baby sihat boleh balik umah kita balik kampung lagi... wat wan ngan aki terima kasih